Pengumuman

Selamat Datang Ke Laman Masjid Jamek Ar-Rahim Merlimau , Ceramah Perdana Sempena Maulidur Rasul Oleh Ustaz Dzulkarnain Bin Hamzah Pada 16 Disember 2016 Selepas Maghrib

Thursday 22 December 2016

Ceramah Perdana Maulidur Rasul

    Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, AJK Masjid Ar-Rahim telah menganjurkan satu ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Dzulkarnain bin Hamzah pada 16 Disember 2016. 

Ucapan Alu-aluan oleh Tn. Hj Zawawi Bin Md. Zain


Jemaah yang hadir tekun mendengar ceramah 

Ceramah diakhiri dengan bacaan selawat


Wednesday 30 November 2016

Majlis Berkhatan Beramai-ramai


       Sempena cuti persekolahan Masjid Jamek Ar-Rahim telah menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai pada 27hb November 2016. Program ini merupakan julung-julung kali diadakan di masjid ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli kariah. Objektif utama program adalah untuk merapatkan ukhuwah diantara pihak masjid dan ahli kariah.

      


        Majlis bermula sekitar jam 8 pagi dan telah dimulakan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Imam 1, Tn Hj Mohd Jelani Bin Jaafar. Majlis ini telah diserikan dengan kedatangan YB Datuk Roslan Bin Ahmad yang mewakili YB Datuk Seri Ahmad Bin Hamzah untuk merasmikan majlis.


      Bagi menambahkan seri dan kemeriahan majlis para peserta telah diarak keliling kampung dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda dan diiringi paluan kompang. Selepas diarak peserta telah di mandikan dengan semburan air oleh pihak bomba. 


   Majlis ini turut diselitkan dengan program pemeriksaan kesihatan oleh pihak Klinik Kesihatan Merlimau. Oleh kerana program ini merupakan pertama kali dianjurkan oleh pihak masjid mungkin terdapat kelemahan dan kekurangan dalam majlis ini, dimasa akan datang kami akan berusaha memperbaiki kekurangan dan kelemahan tersebut, dan pihak kami menghargai segala teguran dan pandangan dari semua pihak. Diharapkan agar program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan menjadi program tahunan Masjid Ar-Rahim.




Thursday 12 May 2016

Kursus Pra Perkahwinan

       Pada 23 & 24 April 2016 telah diadakan kursus pra perkahwinan anjuran Masjid Jamek Ar-Rahim dan Kolej Komuniti Jasin. Kursus tersebut telah diadakan di audiotorium Kolej Komuniti Jasin. Dengan penganjuran kursus ini sekali lagi pihak Masjid Jamek Ar-Rahim telah menempa sejarah apabila buat pertama kalinya menganjurkan kursus tersebut.
       Program kursus yang dianjurkan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 98 peserta dari kawasan kariah masjid dan kawasan berdekatan. Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Adun Merlimau YB Datuk Roslan Bin Hj Ahmad


















   

Monday 9 May 2016

Aqiqah Berkelompok dan Ceramah Perdana

Alhamdulillah, untuk pembukaan tahun 2016, Masjid Jamek Ar-Rahim telah berjaya mengadakan program aqiqah berkelompok dan ceramah perdana sempena Maulidur Rasul pada 8 Januari yang lepas. Program tersebut merupakan anjuran bersama AJK Masjid Jamek Ar-Rahim dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Ceramah telah disampaikan oleh Imam Muda Asyraf. 
        Sejak dari pagi lagi AJK Masjid dan ahli kariah telah bertungkus lumus menyediakan persiapan untuk majlis tersebut dan alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar, semoga pihak masjid dapat menganjurkan program-program sebegini dimasa akan datang


Ahli Parlimen Jasin, Dato' Ahmad Hamzah sedang menyampaikan ucapan 

Wednesday 6 January 2016

Kejohanan Ping Pong Tertutup Kariah Merlimau Tengah

   Masjid Jamek Ar-Rahim telah menganjurkan Kejohanan Ping Pong Tertutup Kariah Merlimau Tengah pada 3 Januari 2016 yang mana seramai 45 orang peserta telah menyertai pertandingan berkenaan bagi merealisasikan idea masjid sebagai tempat masyarakat berkumpul bukan sahaja sebagai tempat ibadat, malah sebagai tempat rekreasi dan riadah. Matlamat dan objektif adalah untuk menarik minat masyarakat datang ke masjid khususnya golongan muda.
    Dalam kejohanan ini sebanyak 2 kategori sahaja dipertandingkan iaitu perseorangan tertutup dan beregu tertutup. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Roslan Bin Ahmad dan Pengerusi Masjid, Tn Hj Abu Zahar Bin Md. Dam. Berikut adalah senarai pemenang :-

Kategori Perseorangan
Johan : Saudara Shazali Abu Shah
N. Johan : Saudara Haziq
Ketiga : Saudara Hafiz 
Keempat : Saudara Mohd Nazar

Kategori Beregu  
Johan  : Saudara Idris / Helmi
N. Johan : Jeff/ Mohd Nazar
Ketiga : Saudara Shazali/ Ehsan
Keempat : Saudara Haziq/Haikal

Tn Hj Zawawi B. Md Zain sedang menyampaikan ucapan perasmian



Tn. Hj Zawawi memukul bola ping pong merasmikan kejohanan



YB Roslan diiringi Pengerusi Masjid menyampaikan hadiah kepada Johan Perseorangan















Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah memenangi pertandingan tersebut, bagi yang tidak berjaya insyaallah cuba lagi pada masa-masa akan datang.        
        Pihak kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam menganjurkan kejohanan ini, Insya Allah kami akan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan tersebut pada masa akan datang. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.