Pengumuman

Selamat Datang Ke Laman Masjid Jamek Ar-Rahim Merlimau , Ceramah Perdana Sempena Maulidur Rasul Oleh Ustaz Dzulkarnain Bin Hamzah Pada 16 Disember 2016 Selepas Maghrib

Wednesday 6 January 2016

Kejohanan Ping Pong Tertutup Kariah Merlimau Tengah

   Masjid Jamek Ar-Rahim telah menganjurkan Kejohanan Ping Pong Tertutup Kariah Merlimau Tengah pada 3 Januari 2016 yang mana seramai 45 orang peserta telah menyertai pertandingan berkenaan bagi merealisasikan idea masjid sebagai tempat masyarakat berkumpul bukan sahaja sebagai tempat ibadat, malah sebagai tempat rekreasi dan riadah. Matlamat dan objektif adalah untuk menarik minat masyarakat datang ke masjid khususnya golongan muda.
    Dalam kejohanan ini sebanyak 2 kategori sahaja dipertandingkan iaitu perseorangan tertutup dan beregu tertutup. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Roslan Bin Ahmad dan Pengerusi Masjid, Tn Hj Abu Zahar Bin Md. Dam. Berikut adalah senarai pemenang :-

Kategori Perseorangan
Johan : Saudara Shazali Abu Shah
N. Johan : Saudara Haziq
Ketiga : Saudara Hafiz 
Keempat : Saudara Mohd Nazar

Kategori Beregu  
Johan  : Saudara Idris / Helmi
N. Johan : Jeff/ Mohd Nazar
Ketiga : Saudara Shazali/ Ehsan
Keempat : Saudara Haziq/Haikal

Tn Hj Zawawi B. Md Zain sedang menyampaikan ucapan perasmian



Tn. Hj Zawawi memukul bola ping pong merasmikan kejohanan



YB Roslan diiringi Pengerusi Masjid menyampaikan hadiah kepada Johan Perseorangan















Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah memenangi pertandingan tersebut, bagi yang tidak berjaya insyaallah cuba lagi pada masa-masa akan datang.        
        Pihak kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam menganjurkan kejohanan ini, Insya Allah kami akan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan tersebut pada masa akan datang. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.