Pengumuman

Selamat Datang Ke Laman Masjid Jamek Ar-Rahim Merlimau , Ceramah Perdana Sempena Maulidur Rasul Oleh Ustaz Dzulkarnain Bin Hamzah Pada 16 Disember 2016 Selepas Maghrib

Wednesday 30 November 2016

Majlis Berkhatan Beramai-ramai


       Sempena cuti persekolahan Masjid Jamek Ar-Rahim telah menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai pada 27hb November 2016. Program ini merupakan julung-julung kali diadakan di masjid ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli kariah. Objektif utama program adalah untuk merapatkan ukhuwah diantara pihak masjid dan ahli kariah.

      


        Majlis bermula sekitar jam 8 pagi dan telah dimulakan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Imam 1, Tn Hj Mohd Jelani Bin Jaafar. Majlis ini telah diserikan dengan kedatangan YB Datuk Roslan Bin Ahmad yang mewakili YB Datuk Seri Ahmad Bin Hamzah untuk merasmikan majlis.


      Bagi menambahkan seri dan kemeriahan majlis para peserta telah diarak keliling kampung dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda dan diiringi paluan kompang. Selepas diarak peserta telah di mandikan dengan semburan air oleh pihak bomba. 


   Majlis ini turut diselitkan dengan program pemeriksaan kesihatan oleh pihak Klinik Kesihatan Merlimau. Oleh kerana program ini merupakan pertama kali dianjurkan oleh pihak masjid mungkin terdapat kelemahan dan kekurangan dalam majlis ini, dimasa akan datang kami akan berusaha memperbaiki kekurangan dan kelemahan tersebut, dan pihak kami menghargai segala teguran dan pandangan dari semua pihak. Diharapkan agar program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan menjadi program tahunan Masjid Ar-Rahim.